First Journey

Tuesday 21 August 2012

the reason I can still stand tall.


" every single thing you've gone through in life, every high, every low and everything in between, at least, it has led you to this moment right now. stay calm. keep in mind, Allah always has a better plan for each and one of us. have faith, faith in Allah  "

Monday 20 August 2012

Lelaki dan video game


Aku pernah terbaca banyak kali dalam banyak-banyak status facebook yang selalu keluar bile some couple bergaduh besar mesti tentang si BF tak bagi perhatian dekat si GF hingga kan si GF merasa kan "kurang kasih sayang"


"sorry i don't have enough time for you"
(the status)

"fine"
(gf comment)

"boleh je ko maen game online dengan aku"
(si kawan comment)

kebenaran nya....


budak lelaki sangat gila kan permainan video atau online game!


Aku sendiri bila abang aku belikan aku sebijik ps2  mase aku darjah 6. Nak dijadikan masalahnya kat sini bila aku dah hadap mende tu jadi tak ingat dunia. Dan sampailah sekarang. Sometimes aku rasa aku hilang social skill sebab aku memerap dalam bilik dari pagi sampai malam mengalahkan anak dara. Nak pulak jenis game yang ade mission . Selagi tak complete mission selagi tulah taknak keluar bilik. Hehe...

nasihat aku....
nak main game tu boleh tapi berpada-pada lah . jangan sampai abaikan waktu solat . jangan sampai pelajaran terabai macam aku . hehe. (dulu je) . okayy bye .

Sunday 19 August 2012

Ceritera cinta

cinta ? bagi aku ada kebaikan nya . dan juga keburukan semestinya . ok , biar aku bercakap pasal KEBAIKAN dia dulu ok ? bak kata orang menda baik kena dipercepatcepatkan kan ? haaa -.- kebaikan pertama nya ialah mungkin sedikit sebanyak boleh membantu meningkatkan rasa daya saing dalam subjeksubjek matapelajaran contoh nya . come on lah , takkan laki kalah dgn perempuan ? malu lah kan . awek lu pandai tapi lu cikai ja . apa barang . mmg kena tinggal la . dan bagi perempuan pula , takkan kalah dgn laki ? haih . kan perempuan terkenal dgn GIRLS POWAAAA . takkan kalah kot ??  so disitu agak menaikkan semangat untuk pasanganpasangan ini lebih berjaya dalam pelajaran .

seterusnya -.- (ayat karangan sudah) , pasangan tempat meluahkan segala perasaan selain bff korang kan ? yelaa kalau kapel korang merajuk mesti korang ngadu dekat bff . takkan kan mak abah korang kot ? -.- hurr . ni lah budakbudak zaman sekarang yang lebih terjebak dgn dunia modern . ada masalah cerita dekat pasangan . mesti malu kan nak cerita kat mak abah . dekat situ , mereka yg berpasangan ni at least lah boleh meredakan masalah diorang sendiri dgn hanya mengadu dekat orang tersayang ? kan ? ada lah kajian mana tah aku baca , sesetengah orang , masalah dia setel dengan hanya dengar suara orang tersayang . ok kita tak leh nak menafikan menda tu . mungkin ada betul nya , mungkin xlah kan . 

selain itu juga , (haaaa) pada pendapat aku lah . orang berpasangan ni agak lebih matang pemikirannya . mungkin ? ok . sebab nya atas rasa tanggungjawab terhadap pasangan . macam bila laki ni nak bergurau dgn kawan perempuan dia , dia mesti fikir awek dia dulu kan ? nnt awek dia marah , tak leh lebihlebih .
 haaa -.- dan isi akhir kita pada hari ini ialah dengan berpasangan , ianya boleh mengubah perangai atau bahasa sankrit nya . behavior . ye lah , contoh kan , bila mamat ni sebelum ada awek sosial rabak , mat disko nama femes nye . tapi bila dah tercair dgn sorang gadis melayu bila buat kali pertama bertentang mata dekat kedai mak awek tu depan simpang rumah , terus jadi mat masjid . haa . tu guana ? mungkin dari hati , Alhamdulillah lah . tapi kalau hanya untuk pandangan mata masyarakat , MasyaAllah .

untuk keburukannya , sangatsangat banyak ofkos . dan cukup aku sebut satu , penyebab maksiat .dan apaapa pun , yang baik selalu nya daripada Allah , dan buruk datang daripada kita sendiri . doodles :)

Simbol vs Nilai


Sebelum memulakan tulisan kali ini, barangkali ada baiknya kita menelaah dahulu puisi berharga daripada W.S Rendra :

“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.

Bukan pertukaran pikiran.

Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,


dan bukan ilmu latihan menguraikan.”

Simbol

Di Malaysia, selepas keputusan SPM diumumkan, akan berlaku kemenangan simbol atas nilai. Sebagaimana Firaun membina simbol Piramid sebagai lambang keabadiannya sebagai tuhan (supaya manusia selepas terus menyembahnya), manusia-manusia moden yang menyembah simbol A akan memuja-muji budak-budak SPM yang sijilnya penuh dengan A.

Pihak sekolah akan berbangga sebab sekolah berpeluang naik taraf jadi SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Pengetua tersenyum lebar sebab akan naik pangkat dengan kejayaan sekolah dan, kalau nasib baik, dapat gelaran ‘pengetua cemerlang’. Akhbar akan menempatkan muka hadapan ‘pelajar-pelajar cemerlang SPM’. Ibu bapa tumpang sekaki seronok.

Ini realiti hari ini, simbol A menjadi lebih agung berbanding nilai ilmu yang dikutip sepanjang sekolah. Apakah bilangan A itu menyebabkan proses kita menjadi manusia yang lebih baik? Mungkin kita sudah mula lupa dengan kisah Amalina yang cemerlang dalam sistem peperiksaan tapi melupakan tudung yang pernah dipakai? Ahh, tak heran setakat buka tudung–Sufiah lagi genius, akhirnya pelacur.

Cemerlang dalam peperiksaan tapi miskin nilai diri. Ini menunjukkan kepada kita kejayaan sains positivisme menguasai masyarakat hingga akhirnya membentuk masyarakat rasional instrumental (dikenali juga sebagai rasional tujuan).

Maknanya kat sini...


Apa bendanya positivisme dan rasional instrumental tu?

Sejarah ringkas untuk menerangkan dua istilah ini: Sewaktu Eropah bercita-cita mahu menuju kepada Pencerahan, pada masa inilah rasional diangkat. Pada waktu Pencerahan, pekikan ‘Sapere Aude’ bergema kuat, nyaring. Atas nama pengetahuan, Pencerahan ghairah mahu membebaskan dunia dari kuasa yang tidak terlihat (yakni kuasa yang tidak menepati hukum rasional-positivisme).

Pada masa inilah, manusia mula mengunakan kata ‘tuan ke atas diri sendiri’, secara tak langsung, menjadikan diri sebagai ‘subjek’ dan alam sekeliling sebagai ‘objek’. Manusia menakluki alam, menentukan takdir sendiri, tidak takut lagi dengan cabaran sekeliling dan alam (objek) mula menjadi tujuan buat manusia.

Mudahnya, rasional instrumental atau rasional tujuan ini menjadikan sesuatu objek sebagai tujuan dengan cara yang kelihatan rasional.

Bila manusia meletakkan diri sebagai subjek, maka rahsia alam mula disingkap. Air, hutan, pokok, udara, api haiwan dikaji diperhati dan dicerap. Kebenaran dinilai dengan bukti rasional dan hasil empirikal (pemboleh ubah yang kita pelajari dalam sains). Semua kajian saintifik mesti dibenarkan dengan bukti rasional dan empiris.

Maka di sini lahirlah sains tabie yang mengkelaskan fizik, kimia, biologi kepada satu bahagian dan bahagian keduanya adalah sains sosial yang mengamati tingkah laku dan budaya manusia. Pemisahan inilah yang dilakukan oleh pisau Positivisme.

Malangnya, golongan positivistik ini tidak mau terhenti setakat menggunakan bukti empirikal terhadap alam, tetapi terhadap manusia. Wilayah rohani dan budaya dicemari apabila kenyataan, kebenaran, dibuktikan dengan bukti empirikal. Metodologi sains diguna pakai untuk menentukan hikmah-hikmah dalam agama, perasaan, moral dan sebagainya telah menghilangkan nilai aura manusia itu sendiri.

Ape nilai dia ?

Cubalah kaitkan dengan keadaan sistem peperiksaan Malaysia. Pelajar kelihatan bersungguh-sungguh belajar untuk dapat keputusan cemerlang, dengan mengabaikan potensi diri sebenar.

Pada masa inilah kelihatannya rasional ‘belajar bersungguh-sungguh’ untuk mencapai tujuan ‘berjaya dalam hidup’. Kita di sekolah terus menghafal fakta-fakta yang hendak ditulis dalam kertas peperiksaan. Pelajar mencapai tujuan dengan bukti empirikal melalui sijil peperiksaan yang berderet simbol A sedangkan lepas peperiksaan terus lupa apa yang dipelajari.

Simbol tak lebih sekadar simbol–hanya dapat A dalam Pendidikan Islam, tapi hormat orang tua pun tak reti. Cikgu pula berusaha menghabiskan sukatan pelajaran supaya pelajar cemerlang peperiksaan.

Ini bukan generalisasi. Tak nafikan masih ada para guru yang ikhlas dalam mengajar, tapi selagi mana kita masih berada dalam sistem ini, selagi itulah kitaran pembodohan yang membekukan fikiran rakyat, tereutamanya kalangan Muslim, terus berjalan.

Banyak A dalam SPM tak menentukan kita boleh survive hidup dalam kehidupan hari ini. Apa yang diperlukan adalah skill kehidupan, bukan sejumlah A.

Ape pulak hakikat dia ?

Jadi, apa tujuannya kita melalui sistem peperiksaan dan diberi ‘hadiah A’? Sejak Tun Mahathir Mohamd memahkotakan simbol moden bagi Malaysia, dengan target Wawasan 2020, maka keserakahan kapitalis tanpa nilai terus menjadi-jadi.

Universiti dibina semakin banyak, bukan dengan tujuan menyuburkan ilmu yang bebas nilai, tetapi supaya lepasan SPM masuk ke universiti (yang perlu dengan gred SPM yang baik, dahulunya) belajar teknik-teknik untuk memenuhi permintaan industri-industri kapitalis.

Kemudian kita masuk universiti, kita terus belajar untuk mengaut CGPA yang baik. Keinginan untuk mendapatkan simbol-simbol yang ‘cemerlang’ terus melampaui makna dengan alasan simbol ini dapat memastikan mendapat pekerjaan yang baik.

Universiti mesti dipastikan supaya mendapat penarafan yang baik, bukan kualiti pengetahuan yang lahir. Di sinilah hilangnya nilai kritis dalam diri kita. Kita jarang dapat menghasilkan inovasi yang baru sebab terbeban dengan silibus.

Malah, kita tak dapat mempersoalkan apa yang kita pelajari kerana sibuknya kita dengan nota-nota kuliah. Kesannya, (maha)siswa yang dilahirkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran dan kehendak negara, jauh dari aspirasi rakyat marhaen.

Malang bagi kita, positivisme yang melahirkan masyarakat rasional instrumental berhubungan terus dengan ideologi negara menjadikan kita sebagai alat kapitalis moden. Kita hidup untuk memuaskan keserakahan industrial.

Maka diakhiri tulisan ini dengan menyertakan fakta-fakta di bawah :

- Lebih 50% CEO kepada 500 syarikat dalam senarai Fortune sering mendapat C semasa di kolej.

- 65% daripada seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat kelas pertengahan dan ke bawah ketika di sekolah.

- 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.

- Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian di universiti.

Jadi, sudah jelas atau setidak-tidaknya cerah sedikit untuk membezakan di antara simbol dan nilai.


#pic result tu kawan aku punya . Ahmad Shahril nama dia . Hehe.

Money money ! Come to papa !

jangan nak rungsing sangat laa...
korang rase,pe yang korang nak sebenarnye?ha!?aku rase same macam orang lain rase sebab kite ni manusia biase."tapi kalau pikir balek"

"...aku bukan nak duet..tapi barang yang aku nak beli tu..gune duet.."

kalau simpan duet.duet je yang dapat tapi barang yang kite impikan jangan mimpi nak dapat.sebab duet tu simpan tak digunekan jadi dapat duet jer laa...

"...jangan letak kepercayaan 100% pada ia.."

sebab duet ni buat orang jadi jahat dan dalam pada masa yang sama orang juga boleh jadi baek.jadi gune lah ia dengan sebaiknye.

"...dia sedang membuat penipuan yang tak dapat dikesan dengan mata kasar..."

dalam kehidupan yang normal ni kebanyakan manusia makan gaji.bile awal bulan poket kemas jalan pon ade "style".bile akhir-akhir bulan jalan"lemau" je.

"..aku percaya pada sape?..."

"..ko merasa bangga..mengapa?!"

die membuatkan sombong,angkoh,bunuh-bunuhan,rompakan,kekecohan,kecurian,huru-hara,perselisihan faham,permusuhan,boros,memandang hina kepada yang loket,perpecahan,kerisauan miskin,kupik dan banyak keburukan pada kebaikan.penipuan yang die buat ibarat letak 50sen je kat kelopak mata,nescaya dunia yang seluas ni kite tak nampak, hanye nampak duet.

"..kerja memang wajib,cari nafkah.tapi bukan duet buat segalanya.."

hakikatnye kite bukan nak duet, kite nak "barang" yang dijual tu.lepas da beli barang tu duet tu pas ke mane?mesti la kite bagi kat orang yang jual brang tu.ape2 barang pon same tertib kite buat.

"...ade jual,ade beli.duet perantaran saja.."

maulana pernah berkata:-

"...ko nak tido atas duet sekali pon takpe,tapi jangan ade 1sen dalam hati..."